Monday, March 30, 2009

melayu jangan lupa daratan!!!

Sketsa politik semasa sekarang ini masih dalam keadaan yang memperbodoh dan memperkotak katikkan masayarakat.

masih kurang sedarkah kita tentang penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh PR??
apa itu PR??konon2 nya PR memperjelaskan suara rakyat demi keadilan???benarkah begitu,cuba sama2 kita renungkan mengenai turtutan peristiwa terciptanya parti KeAdialan

pertama - KeAdilan wujud adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari tahanan ISA..
kedua - suara majoriti saudara2 tahanan ISA yang memperjuangkan keadilan untuk saudara mereka itu.
ketiga - KeAdilan lansung tiada niat untuk memperjuangkan nasib rakyat kecuali untuk kepentingan sendiri.

Masih belum sedarkah kita bagaimana gilanya ANwar kepada kuasa??lihat kembali pada krisis ekonomi tahun 97. dimana ketika itu anwar menjadi TPM. beliau menyuarakan pandangan supaya membuat pinjaman dari dana pinjaman antarabangsa (IMF). Mujur dengan kebijaksanaan PM ketika itu (Tun Mahathir) berjaya megawal keadaan ekonomi negara tanpa bergantung kepada IMF. kalaulah kita berhutang dengan badan kewangan tersebut, nescaya kita masih belum dapat melangsaikan hutang itu. dari situ dapat kita perhatikan secara halus melalui pemikiran2 yang kita rasakan bagus itu, sudah tentu segala apa yang meruah (harta) di negara kita akan tergadai.

kenapa begitu sukar untuk kita mensyukuri pemberian Allah Taala sepanjang 51 tahun merdeka ini??adajah kita tergolong dalam golongan yang kufur nikmat??ada harta dan kekayaan tetapi masih mahu lebih dari itu..

Pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, sahabta2 baginda cukup takut untuk menjadi pemimpin malahan menolak tawaran unutk dipilih sebagai pemimpin, kerana maha besar tanggungan yang akan mereka tanggung di kemudian hari..(pemimpin2 adalah antara golongan [pertama yang akan disoal di akhirat kelak.. ) tetapi mengapa masih kita mahu berebut untuk menjadi pemimpin..

Anwar menyatakan mengenai kesamaraatan hak antara senua kaum, sedarkah kita bahawa selama kita mempunyai imuniti sepanjang 51 tahun ini, bangsa melayu masih belum mampu menyaingi bangsa lain. Inikan pula jika kesamarataan hak antara kaum dilaksanakan, mampukah kita menyaingi bangsa2 lain dalm segala macam hal??pikir2 kan lah....melayu zaman sekarang ini terlalu dimanjakan hingga nak suap nasi ke mulut pun perlukan pembantu.......

Monday, December 29, 2008

sampai bila kita mahu dipijak??

Israel terus serang Gaza: 10 penduduk Palestin maut

GAZA: Pesawat pejuang Israel terus melancarkan serangan ke atas Tebing Gaza awal subuh tadi, dengan sekurang-kurangnya 10 warga Palestin dilaporkan maut dan 10 cedera. Pengarah Bantuan Kecemasan Gaza, Moawiya Abu Hassanein memberitahu AFP, sekurang-kurangnya 10 serangan udara dilancarkan angkatan udara Israel dengan kebanyakannya di Bandaraya Gaza dengan sasaran kawasan Hamas termasuk bangunan keselamatan dan kementerian. Pihak tentera Israel turut mengesahkan serangan baru yang masuk hari keempat itu hanya menyerang kawasan 'sasaran Hamas'.
Antara bangunan yang rosak dalam pengeboman itu ialah pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar, Kementerian Kewangan dan Universiti Islam, menurut sumber Hamas yang memetik sumber di Gaza. Turut disasarkan ialah sebuah markas yang dikaitkan dengan Gerakan Fatah yang diketuai Presiden Palestin, Mahmud Abbas. Kementerian Luar yang diketuai Mahmud Zahar, salah seorang pemimpin Hamas paling berpengaruh, dilaporkan musnah sama sekali, termasuk perumahan awam berdekatan dalam serangan itu.

kesucian semakin dihina..

Polis Pahang terima laporan blog hina nabi

KUANTAN: Polis Pahang menerima laporan pertama berhubung kewujudan sebuah laman blog yang menghina keperibadian Nabi Muhammad S.A.W oleh Pergerakan Pemuda Umno Maran. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata laporan itu dibuat pada Sabtu lalu oleh Naib Ketua Pemuda Maran, Hairul Amin Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, jam 3.45 petang. “Sabtu lalu kita ada menerima laporan pertama yang dibuat di Pahang berhubung kewujudan laman blog menghina Nabi Muhammad SAW dan kita akan siasat perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Haris berkata, laporan itu dikemukakan atas dasar rasa tanggungjawab parti itu memperjuangkan agama, bangsa dan negara kerana blog itu secara terang-terangan memaparkan artikel menghina Nabi Muhammad S.A.W. Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap laporan yang dikemukakan Hairul Amin mengikut Akta Hasutan. - Bernama

Tuesday, August 12, 2008

antara fantasi dan realiti

entahler..

Skarang ni, tsunami politik makin mencabar..semakin smeka kepala memikirkannya..yang ada sama bangsa dengan kita, masih berpegang kepasda bidalan, anguk2 geleng..iye2..saye2..
Persoalan yang masih menjadi tanda tanya, adakah kita masih mampu memegang falsafah ketuanan Melayu??

Jangan sampai menang bersorak, kampung tegadai..............